Home » Citra Yadim » Kunjung hormat COMBI ke pejabat YADIM

Kunjung hormat COMBI ke pejabat YADIM

PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM telah menerima kunjungan daripada jawatankuasa MyChampion COMBI untuk tujuan kerjasama rakan strategik bersama YADIM.

Antara hasrat daripada jalinan hubungan ini ialah mengadakan program dan aktiviti pendidikan ke arah kesejahteraan komuniti seperti program bersama masjid dan surau, gotong-royong, ceramah, tazkirah kesihatan, khutbah jumaat, dan lain lain.

Ia juga bertujuan menjayakan aspirasi MyChampion Combi ke arah pendidikan kesejahteraan mental dan fizikal dari aspek kerohanian dan pembentukan jiwa yang kuat.
YADIM diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.

Delegasi COMBI dan Kementerian Kesihatan yang hadir ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Dr. Mohd Razif Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Puan Ruffina Dalis Jimen, Presiden COMBI Kebangsaan, Haji Mohd Noor Ahmad dan Naib Presiden 1, Jawatankuasa COMBI Kebangsaan, Haji Zon Huri.

COMBI merupakan pasukan sukarelawan di bawah Kementerian Kesihatan yang mengadakan program komuniti khususnya membanteras dengggi.

Diharapkan dengan kerjasama ini mampu untuk memberikan 1001 kebaikan kepada ummah dan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *