Home » Citra Yadim » Kunjung hormat ke Ruwaq Jawi, Kaherah

Kunjung hormat ke Ruwaq Jawi, Kaherah

DELEGASI YADIM yang kini dalam lawatan kerja ke Mesir telah meluangkan masa berkunjung ke Ruwaq Jawi, Kaherah.
Ruwaq Jawi adalah satu institusi yang menekankan berkaitan pengajian ilmu turath dan pengajian berkitab bagi pelajar Malaysia di Azhar, Mesir.
Mewakili badan dakwah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin, yang bertujuan menjalin kerjasama bagi memastikan para mahasiswa Malaysia di Mesir memberi penekanan berkaitan pengajian di kuliah serta mendalami ilmu-ilmu turath.
Hasil kunjungan ini, kedua pihak setuju untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan dan kebajikan khususnya untuk para pelajar Malaysia di Mesir.
Semoga kerjasama yang terjalin melalui kunjung hormat ini dapat memperkasakan usaha dakwah kepada masyarakat Malaysia Madani.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *