Home » Citra Yadim » Kunjung hormat Tabung Haji, Pertubuhan Pondok Hijrah Muslimah Malaysia

Kunjung hormat Tabung Haji, Pertubuhan Pondok Hijrah Muslimah Malaysia

YANG Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan pada 20 April telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Lembaga Tabung Haji.

Pengarah Wilayah Tengah Tabung Haji, Haji Khairoddin Ahmad bersama wakil cawangan Tabung Haji Putrajaya, Haji Sabri Salleh membawa hasrat berkenaan kempen pembukaan akaun Tabung Haji di kalangan pekerja agensi-agensi kerajaan termasuklah YADIM.

Dalam kunjungan ini, Ustaz Nasrudin juga sempat mendaftar melalui aplikasi dalam talian THiJARI dibantu oleh Haji Khairoddin.

Beliau turut menerima kunjungan daripada pihak Pertubuhan Pondok Hijrah Muslimah Malaysia (MUM) untuk mendapatkan sokongan dan nasihat berkaitan pembangunan pertubuhan tersebut yang berfungsi sebagai pusat pemulihan dan perlindungan wanita.

Delegasi seramai tiga orang ini diketuai oleh Puan Wan Asshima Kamaruddin selaku Pengetua Pondok Hijrah Muslimah Malaysia.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *