Home » Citra Yadim » Kunjungan AHAS IRKHS, UIAM

Kunjungan AHAS IRKHS, UIAM

PUTRAJAUA – YADIM menerima kunjungan dari Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Abdul Hamid Abu Sulayman (AHAS IRKHS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 3 Ogos bagi membincangkan kerjasama dalam usaha menubuhkan Kursi Hamka di universiti berkenaan.
Satu memorandum persefahaman akan diadakan di antara kedua dua pihak sebelum gerak kerja penyelarasan dibuat.
Selain itu, turut dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti yang dilihat berpotensi untuk diadakan bersama.
Antara aktiviti yg dicadangkan ialah program seminar, penerbitan dan program berbentuk latihan.
Mewakili UIAM dalam pertemuan ini ialah Dekan Kulliyyah AHAS KIRKH, Prof. Dr. Shukran Abdul Rahman, timbalannya, Prof. Madya Dr. Mohd Noh Abdul Jalil serta penyumbang kursi HAMKA UIAM, Dato’ Khairul Anwar Hj Rahmat.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media, Puan Zalilah Bahari, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Penasihat Undang Undang, Puan Nor Ilyani Mohd Tamam dan Ketua Pakar Bidang Khusus, Dr Masitah Esa pula mewakili YADIM.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *