Home » Citra Yadim » Kunjungan Hidayah Centre Foundation ke YADIM

Kunjungan Hidayah Centre Foundation ke YADIM

YADIM menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan strategik untuk melestari gerakan dakwahnya. Di Sabah umpamanya, badan dakwah ini bekerjasama erat dengan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk pelbagai tujuan dakwah khususnya menyantuni mualaf.

Mengukuhkan lagi kerjasama dan ukhwah itu, HCF hari ini (23 Mac) mengadakan kunjungan ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi meninjau lebih banyak peluang untuk berdakwah.

Antara yang dilihat sebagai kekuatan YADIM yang boleh dimanfaatkan bersama ialah menerusi pembangunan daie, penerbitan dan penyelarasan badan bukan kerajaan.

Hadir YADIM hari ini ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HCF,  Tuan Joannes Lukas, Pengarah Jabatan Operasi, Haji Ab Rahim Abd Hamid, Pengarah Jabatan Outreach,  Ustaz Noli Husain, Pengarah Jabatan Pengurusan Daie dan Sukarelawan, Tuan Wan Muhammad Wan Ibrahim dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Korporat, Puan Amirah Mansor.

Mewakili YADIM ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Zamri Zainal Abidin, Pengarah Kanan Sektor Kewangan, Encik Kamarul Redzuan Nali, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Puan Zalilah Bahari serta Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Puan Rohaizah Jawahir.

HCF sebelum ini juga terlibat dalam program Akademi Daie Muda YADIM pada musim pertama dan kedua selain bekerjasama dengan badan dakwah ini menganjurkan kursus pendakwah dalam bahasa Mandarin.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *