Home » Citra Yadim » Kunjungan ke Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak

Kunjungan ke Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak

KUCHING – Sempena siri program di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 September telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.

Diketuai Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, delegasi YADIM meluangkan masa hampir setengah jam bertemu Datu Haji Misnu Haji Taha di pejabatnya di sini.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat serta kakitangannya.

Dalam pertemuan berkenaan, Zolkharnain mengambil kesempatan menerangkan program program yang akan dianjurkan YADIM sepanjang tiga hari berada di sini.

Antaranya termasuklah program bersama badan bukan kerajaan NGO), perasmian seminar sejarah Islam, ziarah rahmah dan penyampaian sumbangan kepada golongan sasar.

Selain itu, keduanya turut membincangkan beberapa perkara lain, terutamanya berkaitan perancangan dakwah dan isu isu semasa.

Mereka berdua bersetuju, perlunya masyarakat Islam di negeri ini bersatu padu dan berusaha menonjolkan kualiti yang terbaik walaupun bilangan masyarakat Muslim di Sarawak tidak seramai di negeri lain.

Misnu dalam sesi berkenaan turut memberi pandangan beliau terhadap perkembangan dan usaha dakwah di Sarawak.

Menurutnya, budaya dan agama di Sarawak berbeza dengan situasi di Semenanjung Malaysia dan setakat ini masyarakatnya harmoni dan bertoleransi.

Pertemuan ini turut disertai oleh sebuah NGO berkaitan Islam di sini iaitu Ikatan Muhibah Permuafakatan Islam Sarawak.

YADIM kini dalam siri program selama tiga hari di Sarawak hingga 15 September ini.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *