Home » Citra Yadim » Kunjungan YADIM Wilayah ke Syria Care

Kunjungan YADIM Wilayah ke Syria Care

KUALA LUMPUR – Sebagai usaha menjalin kerjasama dengan lebih banyak pihak, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah pada 12 Julai telah melakukan lawatan ke Syria Care.

Lawatan ini disertai oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa, Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Fitri Aziz Mohd Yusof dan Penolong Pengarah YADIM Wilayah, Mohd Firdaus bin Mohd Rusli.

Delegasi YADIM telah diberikan taklimat mengenai operasi dan gerak kerja Syria Care dalam lawatan ini, selain sesi perbincangan kerjasama.

Syria Care diwakili oleh Pengerusinya, Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki dan Pengurus Kanannya, Nurdieana Mohd Mardzi dalam sesi perbincangan dengan YADIM.

Kedua pihak berharap dapat bekerjasama dalam pelbagai bidang, serta yakin ianya akan membawa manfaat dan rahmah kepada orang ramai kelak, baik di Malaysia mahupun Syria.

Syria Care turut menyatakan hasrat untuk mengunjungi YADIM bagi perbincangan lanjut tentang bentuk kerjasama yang boleh dilakukan bersama.

Turut dikongsikan dalam lawatan ini ialah pengalaman misi misi kemanusiaan yang dilaksanakan oleh mereka.

Syria Care adalah sebuah badan bukan kerajaan NGO yang ditubuhkan pada Februari 2012 bertujuan untuk menggembeling dana bagi membantu rakyat Syria yang memerlukan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *