Home » Citra Yadim » Town Hall Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Town Hall Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melengkapkan siri jelajah Kembara Rahmah Dungun semalam (11 Julai) dengan sesi Town Hall di Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini.

Seramai 800 orang pelajar memenuhi dewan berkenaan dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz sebagai penceramahnya.

Hadir sama ialah  wakil pengarah politeknik berkenaan, Mohd Riffin Mohd, Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Dalam ucapannya, Nik Omar berpesan kepada para pelajar tentang kewajipan menuntut ilmu dan tanggungjawab menyebarkannya.

Selaku pelapis kepimpinan nanti, beliau turut mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan konsep rahmah dalam pengurusan sesebuah negara.

Ketinggian manusia di sisi Allah, kata beliau lagi,  bukan pada keturunan, warna kulit, jantina atau seumpamanya, sebaliknya taqwa adalah yang paling utama.

Sebagai hambaNya jelas beliau, manusia perlu sedar dan balik kepada tujuan penciptaan, iaitu untuk menjadi hamba Allah yang taat.

Selesai berucap, Nik Omar turut mengambil kesempatan berdialog dengan pelajar mengenai isu semasa, terutamanya berkaitan Islam.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *