Home » Langit Terbuka » TH nafi dakwaan kehilangan kuota haji

TH nafi dakwaan kehilangan kuota haji

Tabung Haji masih menunggu keputusan rasmi mengenai permohonan kuota tambahan yang telah dibuat. - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyangkal kenyataan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan bahawa umat Islam kini telah hilang kuota tambahan haji.

Menurut Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, dakwaan Dr. Ashraf bukan sahaja memberi kekeliruan tetapi juga tidak benar sama sekali.

Tabung Haji berkata lagi, Dr. Asyraf telah membuat kenyataan itu dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia online pada 4 Mei 2019.

“Untuk pengetahuan umum, kuota rasmi yang diberikan pihak Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun ini ialah sebanyak 30,200 orang,”.

“Bagi memendekkan waktu menunggu bakal haji, TH telah membuat permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah bagi musim ini,”.

“Seperti kebiasaan, pemberian kuota tambahan ini adalah bergantung atas budi bicara kerajaan Arab Saudi,” jelas kenyataan itu.

Sehingga kini katanya, pihak TH masih menunggu keputusan rasmi mengenai permohonan yang telah dibuat.

Tambahnya, berdasarkan rekod 10 tahun kebelakang, ada empat tahun, iaitu 2013, 2014, 2015 dan 2016, di mana permohonan kuota tambahan yang dibuat oleh TH tidak diluluskan.

TH dalam kenyataannya menegaskan, agar pihak-pihak dan individu berkaitan harus berhenti dari mensensasikan komen serta analisis tidak tepat yang berbaur politik kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *