Home » Langit Terbuka » Kuota rasmi haji 2018 kekal 30,200 jemaah

Kuota rasmi haji 2018 kekal 30,200 jemaah

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang. (gambar hiasan)

KUALA LUMPUR: Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah subsidi yang diperuntukkan untuk musim haji pada tahun ini pula dianggarkan RM400 juta, iaitu meningkat berbanding RM300 juta pada tahun lalu.

“Kenaikan (subsidi haji) kerana kos bagi setiap seorang jemaah haji dahulunya (tahun lalu) RM19,550.

“Kos pada tahun ini meningkat kepada RM22,450 tetapi jemaah haji Malaysia untuk kali pertama hanya perlu membayar RM9,980. Subsidi yang ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji sebagaimana arahan kerajaan adalah RM12,470,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Azizah Harun yang ingin tahu jumlah kuota haji 2018 dan peruntukan subsidi pada tahun ini.

Katanya setakat ini, sejumlah 19 syarikat pelancongan tempatan swasta telah dilesenkan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan pihaknya sedang meneliti beberapa agensi yang berkelayakan untuk dijadikan PJH. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *