Home » Citra Yadim » Kursus asas sembelihan di Tasek Gelugor

Kursus asas sembelihan di Tasek Gelugor

Demonstrasi cara sembelihan ayam kepada peserta Wacana Pemantapan Aqidah dan Kursus Asas Sembelihan

TASEK GELUGOR –  Seramai 40 orang warga Pusat Integrasi Klien Tasek Gelugor di sini telah menjalani Wacana Pemantapan Aqidah dan Kursus Asas Sembelihan pada 18 April lalu.

Pengarah YADIM Pulau Pinang, En Afifi Ruslan berkata, para peserta telah diberikan tunjuk ajar secara teori dan praktikal mengenai asas sembelihan selain melalui sesi pemantapan akidah.

“Inisiatif ini untuk beri pendedahan kepada peserta peserta terdiri daripada mereka yang telah melalui proses pemulihan dadah.

“Selepas sesi pemulihan di Pusat Serenti,  kini mereka dalam peralihan di Pusat Integrasi Klien ini,’ ujar beliau.

Katanya lagi, pihaknya memberikan pengajaran secara teori berkaitan sembelihan Halalan Toyyiba menurut perspektif Islam, selain turut diadakan sesi soal jawab dengan para peserta.

Menurut Afifi, bagi sesi amali, pihaknya telah menunjukkan cara penyembelihan ayam dan burung puyuh kepada peserta supaya mereka dapat merasai pengalaman sebenar proses tersebut.

Kursus bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari ini telah dirasmikan oleh Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Seberang Perai Utara, Tuan Zulkifli Abdullah. Selain Afifi, YADIM juga diwakili oleh Ustaz Azmi Mohammad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *