Home » Citra Yadim » Kursus Muamalah Milenia

Kursus Muamalah Milenia

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Bahagian Muamalah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah berjaya melaksanakan program  Kursus Muamalah Milenia bertempat di Dewan ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak, pada 27 hingga 28 Julai lalu.

Pengurus Bahagian Muamalah Yadim, Zamzarizal Mad Ariffin berkata, program itu telah disertai oleh para pelbagai pihak termasuk pelajar institusi pengajian tinggi, orang perseorangan yang berminat dengan sistem kewangan Islam dan ini termasuk dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

“Secara keseluruhannya, program ini  telah mendapat sambutan dan maklum balas yang amat positif daripada peserta dan mereka rata-ratanya amat berpuas hati dengan pengisian program ini yang amat berguna untuk mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi budaya bermuamalah dengan muamalah Islam di kalangan masyarakat di negara ini dan sehingga kini beberapa siri program telah berjaya dilaksanakan.

Katanya, dengan penganjuran kursus ini, Yadim juga berharap dapat melahirkan lebih ramai dai’e yang berpengetahuan dalam kewangan Islam sekaligus membantu usaha menyebarkan lagi prinsip muamalah Islam dan dakwah islamiah secara keseluruhannya.

“Memberi pendidikan dan menyebarkan maklumat mengenai muamalah Islam ini adalah tujuan utama penubuhan Bahagian Muamalah di Yadim dan sehingga kini banyak program telah diadakan bagi tujuan berkenaan,’’ katanya.

Dalam kursus berkenaan, katanya, beberapa aspek penting dalam muamalah Islam telah disentuh termasuk dari segi pelaburan Islam, kewangan Islam, perbankan Islam dan konvensional, takaful  dan insurans, hutang, riba dan gharar.

Jelasnya, dengan adanya pengetahuan yang jelas mengenai pelbagai aspek berkenaan, golongan muda terutamanya tidak akan mudah terpedaya dengan pelbagai maklumat yang dibaca melalui laman sosial yang sebahagiannya tidak benar.

Panel-panel penceramah dalam program itu terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang muamalah Islam seperti Dr. Lili Yulyadi Arnakim, Tuan Haji Mohamed Firdaus bin O.A.P. Kader Mohideen, Ustaz Hafizal Elias dan Safuraa Ramli.

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *