Home » Citra Yadim » Kursus Pengurusan Jenazah di surau kuarters penjara Seberang Perai

Kursus Pengurusan Jenazah di surau kuarters penjara Seberang Perai

YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Agama dan Latihan, Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di surau kuarters penjara berkenaan pada 20 Februari.
Seramai 50 orang peserta terdiri daripada kakitangan penjara berkenaan menyertai program ini.
Kursus dijalankan dengan pendekatan teori dan praktikal oleh Ustaz Mohd Farid Abu Bakar, Panel Pengurusan Jenazah Hospital Kepala Batas yang berpengalaman hampir 18 tahun dalam menguruskan jenazah.
Majlis perasmian penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai, Penguasa Penjara Mahyuddin Awang.
Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Muaz Abul Kassim. Turut hadir, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Penjara Seberang Perai, Ustaz Khairul Nizam Yusop.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *