Home » Citra Yadim » Kursus pengurusan jenazah saudara kita Punggu

Kursus pengurusan jenazah saudara kita Punggu

SRI AMAN – Satu kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman,  Urusetia Saudara Kita Cawangan Punggu dan Urusetia Saudara Kita Bahagian Sri Aman telah diadakan pada 9 November.

Kursus selama satu hari tersebut telah dilaksanakan di Pusat Komuniti Islam Punggu, Sri Aman dan dihadiri seramai 20 orang peserta terdiri daripada saudara kita di kawasan Punggu, Pantu, Gua Sukat, Kandis dan Lachau. 

Melalui kursus ini, para peserta telah diberi latihan secara dengan teori dan praktikal dalam pengurusan jenazah bagi menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan berkaitan tatacara proses berkenaan. 

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Sarawak, Zamri Bali, Imam Masjid Bandar Bahagian Sri Aman, Muhammad Fadhli Nuruddin Mohd, dan Ustaz Rafizi daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman. 

Hadir menyempurnakan kursus ialah Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman, Ustaz Helmi Narawi.

Pada program ini juga, YADIM Sarawak telah menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 20 penerima dari kalangan saudara kita dari kawasan ini.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *