Home » Citra Yadim » Utamakan aspek taqwa dan akhlak dalam pengurusan

Utamakan aspek taqwa dan akhlak dalam pengurusan

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan menegaskan bahawa kejayaan dan keutuhan YADIM adalah terletak pada sifat taqwa yang jitu dan akhlak yang bernilai tinggi  setiap warganya.

Kedua-dua sifat ini adalah ciri-ciri utama seseorang yang diberikan amanah melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Keyakinan asas keimanan kepada faktor ukhrawi seperti dosa pahala dan syurga neraka merupakan sumber jatidiri yang mesti dimiliki oleh warga YADIM.

Akhlak terpuji yang diberi penekanan oleh Islam kepada setiap Muslim khasnya kepada warga YADIM menjurus kepada menjadikan YADIM lebih integriti dan telus sebagai agensi bersifat dakwah dan membawa risalah roh Islam dalam pentadbirannya.

Ustaz Nasrudin menyenaraikan kedua-dua ciri ini dalam ucapan perasmian Bengkel Pemurnian Hala Tuju dan Semakan Bajet  Tahun 2022 kepada semua pengurusan tertinggi, sektor serta bahagian badan dakwah ini.

Semoga bengkel penting YADIM ini menghasilkan natijah yang terbaik kepada institusi ini demi agama dan negara.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *