Home » Langit Terbuka » KWSP jamin maklumat ahli, pencarum tidak terjejas

KWSP jamin maklumat ahli, pencarum tidak terjejas

Bangunan KWSP Petaling Jaya yang terbakar semalam.

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran yang berlaku di bangunan cawangannya di Petaling Jaya, dekat sini sebentar tadi.

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, pasukan Pengurusan Krisis Cawangannya sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.

“Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, operasi pemindahan telah dilakukan dan pejabat serta perkhidmatan kaunter ditutup.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas,” jelas KWSP.

KWSP turut menasihatkan pencarum dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP supaya menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.

Ahli dan pencarum juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di https://enquiry.kwsp.gov.my, tambah KWSP. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *