Home » Langit Terbuka » JAKIM iktiraf 66 badan pensijilan halal luar negara

JAKIM iktiraf 66 badan pensijilan halal luar negara

Sebanyak 66 badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR 13 Feb. –  Enam badan pensijilan dan logo halal dari Jepun adalah antara 66 badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh dunia.

Hingga 8 Februari, antara badan pensijilan dan logo halal yang diiktiraf di Jepun ialah Japan Muslim Association, Japan Halal Association (JHA), Japan Halal Unit Association (JHUA), Japan Islamic Trust (JIT), Muslim Professional Japan Association (MPJA) dan Nippon Asia Halal Association (NAHA).

Secara keseluruhannya, JAKIM mengiktiraf badan pensijilan dan logo halal dari 42 negara iaitu enam dari Jepun, lima dari Australia, empat dari China, masing-masing tiga dari India dan Belanda, dua dari Brazil, New Zealand, Pakistan, Filipina, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Turut diiktiraf masing-masing satu dari Austria, Argentina, Bangladesh, Belgium, Bosnia, Brunei, Kanada, Chile, Egypt, Perancis, Jerman, Indonesia, Iran, Ireland, Italy, Kazakhstan, Kenya, Maldives, Maghribi, Poland, Singapura, Korea Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Switzerland, Taiwan, Thailand, Arab Emiriah Bersatu (UAE) dan Vietnam.

Portal rasmi halal Malaysia, Bahagian Halal Hab JAKIM turut melampirkan senarai badan pensijilan dan logo halal yang diiktiraf jabatan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM, orang ramai boleh melayari www.halal.gov.my.

Laman web itu turut menyediakan kemudahan kepada pihak yang ingin menyemak status halal produk atau premis perniagaan. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *