Home » Citra Yadim » Lagi sumbangan YADIM Sabah untuk mangsa banjir

Lagi sumbangan YADIM Sabah untuk mangsa banjir

BEAUFORT – Pada 20 Januari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri ini.

Antara Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini yang menerima sumbangan YADIM Sabah ialah Dewan Pa’ Musa sebanyak 23 set dan Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir sebanyak 43 set.

Sementara itu di Membakut, PPS Dewan Terbuka Sekolah Saga-Saga Pimping menerima 10 set  dan  PPS Dewan Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya, Papar menerima 18 set sumbangan.

Sumbangan makanan dan set penjagaan kebersihan ini disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *