Home » Citra Yadim » Komuniti Pitas terima sumbangan hasil kempen YADIM

Komuniti Pitas terima sumbangan hasil kempen YADIM

PITAS – Selepas dilancarkan pada 17 Januari lalu, Kempen Pitas Prihatin 2021 yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah mendapat sambutan amat menggalakkan.

Kempen yang berakhir pada 20 Januari ini berjaya mengumpul antara lain sebanyak 550 beg beras lima kilogram, lima kotak kopi, 65 papan telur, lima kotak biskut, tiga kotak minyak, serta 700 kilogram gula.

Orang ramai turut menyumbang sebanyak 32 pek mee kuning, 14 bungkus teh, 50 bungkus bihun, 60 tin sardin besar, 700 tin sardin kecil dan 100 set alat penjagaan kebersihan.

Barangan sumbangan orang ramai ini mula diagihkan kepada penduduk Pitas pada 21 Januari dengan kerjasama RELA.

Ia memanfaatkan sebanyak 300 keluarga di Kampung Sambulingon, Saab dan Kampung Rosob di Pitas. Sumbangan disampaikan sendiri oleh pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki

Pitas merupakan antara lokasi yang teruk terjejas akibat banjir di Sabah.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *