Home » Langit Terbuka » Lebih 200 NGO bergabung tubuh sekretariat banteras judi

Lebih 200 NGO bergabung tubuh sekretariat banteras judi

KUALA LUMPUR, Khamis – Lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara bergabung menubuhkan sekretariat bagi membanteras aktiviti haram, terutama mesin judi.

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berkata, penubuhan sekretariat ini bertujuan menyambut baik apa yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Kita bersama dengan kementerian wilayah, di mana mereka telah bergerak berhabisan di kawasan wilayah untuk memastikan modus operandi mesin judi yang semakin berleluasa dapat dihentikan.

“Kami berpakat ingin bersatu untuk cuba menghapuskan dan mendesak pihak bawahan sehingga atasan untuk lupuskan mesin judi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan statistik yang diperoleh, Selangor merupakan negeri yang mempunyai aktiviti mesin judi tertinggi diikuti dengan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Malah kata Yusuf, sejak Januari 2016 sehingga hari ini, PPIM menerima 100 laporan berkaitan aktiviti haram itu.

“PPIM terima begitu banyak aduan yang melibatkan judi di mana meminjam ceti, sehingga suami isteri bercerai, malah aduan yang terbaru apabila suami mahu jual anak sebab main judi,” katanya.

Beliau bagaimanapun, menggesa semua pihak termasuk masyarakat supaya bersama memainkan peranan dalam membantu membanteras kegiatan judi supaya ia dapat dihapuskan.

“Saya minta pada semua NGO supaya tidak mengaitkan isu judi ini dengan kaum atau bangsa. Saya tidak mahu rasis. Aktiviti judi ini bukan hanya melibatkan satu kaum sahaja. Semua terjebak.

“Justeru, saya mahu semua kaum bergabung bersama-sama menghapuskan aktiviti haram ini,” katanya. ISMAWEB

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *