Home » Langit Terbuka » Lelaki mengaku tak bersalah bakar kereta mufti Perlis

Lelaki mengaku tak bersalah bakar kereta mufti Perlis

Keadaan kereta Mufti Perlis selepas dibakar pada 22 Mac lalu. - Foto mStar

KANGAR – Peniaga kain dari Baling, Ahmad Mee hari ini (26 Julai) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lalu.

Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Mie Tomoi, 49, didakwa melakukan perbuatan itu bersama Azimar Abdul Razak, 36, di kediaman rasmi Asri di sini kira-kira 5 pagi.

Tertuduh meminta dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Azimar yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 24 Mei lalu atas pertuduhan membakar kereta rasmi Asri juga mengaku tidak bersalah dan pohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali mengendalikan pendakwaan, manakala peguam Yayasan Biro Bantuan Guaman, Nur Dyiana Syukur mewakili tertuduh.

Dalam rayuan kepada mahkamah supaya mengurangkan ikat jamin, Dyiana berkata, anak guamnya menanggung seorang isteri dan ibunya yang lumpuh berumur 66 tahun serta bapa tiri berumur 70 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad membenarkan wang jaminan RM10,000 dan seorang penjamin serta menetapkan 5 Ogos ini untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *