Home » Langit Terbuka » Liberal: Zulkifli nafi Majlis Agama Islam tidak ambil tindakan

Liberal: Zulkifli nafi Majlis Agama Islam tidak ambil tindakan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan cepat dan berhemah dalam menangani isu fahaman liberal. - Foto TMR

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menafikan dakwaan kononnya pihak berkuasa agama di negeri-negeri tidak mengambil sebarang tindakan berhubung penularan fahaman liberal di media sosial seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata, pihaknya maklum mengenai perkara itu secara umum dan pendekatan yang diambil pada kebiasaannya termasuk berbentuk nasihat dan perbincangan.

“Dalam hal ini sebenarnya kita ada dua tiga perkara, pertama sekali saya mesti dapatkan maklumat yang jelas dan tepat dalam isu ini…perkara ini bukan perkara yang kita tidak ambil tindakan, kadang-kadang mereka (Majlis Agama Islam) melaksanakannya dalam bentuk menasihati, berbincang dan seumpamanya.

“Kita telah ada (pendekatan dan tindakan) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, sebagai contoh Pejabat Mufti dan kita juga ada dalam Fatwa Peringkat Kebangsaan atau muzakarah atau peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutuan, kita sudah bersama-sama dalam mengemukakan isu ini,” katanya.

Justeru, Zulkifli berkata pihaknya akan mengambil satu pendekatan yang cepat dan berhemah dalam menangani isu fahaman liberal itu.

“Insya-Allah kita akan tengok yang terbaik untuk kita selesaikan sebaik mungkin,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *