Home » Langit Terbuka » Logo Kristian: Arab Saudi arah bendera British pada lencana sekolah ditutup

Logo Kristian: Arab Saudi arah bendera British pada lencana sekolah ditutup

RIYADH, 25 Ogos  – Polis Arab Saudi mengarahkan sebuah kedai menjual uniform sekolah antarabangsa di sini – Marks & Spencers (M&S) – menutup lencana yang menunjukkan bendera British kerana mengandungi lambang Kristian.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang warga British yang menjadi ekspatriat di Arab Saudi kepada media selepas memasuki kedai M&S di pusat beli-belah al-Hayat untuk membeli pakaian Sekolah Antarabangsa British.

Katanya, selepas membuat pemeriksaan didapati lencana sekolah yang mengandungi pokok kurma dengan bendera Arab Saudi dan British, telah diubahsuai.

Jurucakap M&S berkata, mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan kepada semua peniaga runcit di negara itu.

“Ini adalah kejadian terpencil dan sangat sedikit yang membabitkan produk pakaian seragam sekolah antarabangsa di Riyadh,” katanya.

Kristian, sama seperti agama bukan Islam lain, secara rasminya diharamkan di Arab Saudi, walaupun dilaporkan ada lebih sejuta penganut Roman Katolik di seluruh negara itu, kebanyakannya ekspatriat. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *