Home » Langit Terbuka » Lokasi menara baharu MAIWP mudahkan asnaf untuk berurusan – Menteri

Lokasi menara baharu MAIWP mudahkan asnaf untuk berurusan – Menteri

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tertarik melihat model Menara MAIWP selepas perasmiannya di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Bangunan baharu Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang terletak di Jalan Hussein, di tengah-tengah ibu kota mampu memberi kemudahan dan keselesaan kepada golongan asnaf untuk berurusan dengan agensi itu.

Ini kerana, menara tersebut berada pada kedudukan yang lokasinya mudah diakses menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan monorel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, rasional pemilihan lokasi itu adalah tidak lain tidak bukan bagi menyantuni asnaf supaya dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada mereka untuk berurusan dengan MAIWP.

“Pemilihan lokasi Ibu Pejabat MAIWP ini dibuat dengan hasrat memudahkan semua pelanggan, pemegang taruh terutama memudahkan asnaf untuk hadir berurusan.

“Lokasi ini mudah diakses melalui kemudahan pengangkutan awam seperti bas, monorail dan terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Menara MAIWP, di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat hadir Raja Permasisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, sebelum ini ibu pejabat MAIWP telah berpindah lokasi sebanyak tujuh kali sejak penubuhannya.

Katanya, MAIWP mula beroperasi di bangunan lama Pusat Islam, Jalan Lembah Pantai dan berakhir di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh.

Jelas beliau, bangunan Menara MAIWP yang baharu itu dibina di atas tapak tanah seluas 24,000 kaki persegi terletak bersebelahan dengan bangunan Daruzzakah yang juga milik MAIWP.

“Menara baru ibu pejabat MAIWP ini direkabentuk sebagai satu kesinambungan di antara yang baru dan yang lama.

“Menara MAIWP yang dibina dengan kos RM264 juta mempunyai keluasan lantai sebanyak 297,000 kaki persegi mengandungi 16 tingkat ruang pejabat dan lapan tingkat tempat letak kenderaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut berharap agar perpindahan operasi MAIWP ke bangunan baharu itu akan turut dapat menyuntik semangat warga kerja agensi berkenaan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *