Home » Citra Yadim » Maahad Tahfiz Muhammad, penduduk Kampung Badang disantuni YADIM Kedah

Maahad Tahfiz Muhammad, penduduk Kampung Badang disantuni YADIM Kedah

KULIM – Maahad Tahfiz Muhammad di sini pada 16 Ogos menerima sumbangan kit barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Ia bertujuan meringankan beban ditanggung maahad tersebut yang terkesan secara langsung dengan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebanyak enam kit makanan disampaikan penyelaras program YADIM, Ustaz Azmi Mohamad kepada Mudir Maahad Tahfiz Muhammad, Ustaz Mohd Asmadi Saad, dalam acara ringkas di maahad berkenaan.

Selesai di maahad, YADIM Kedah mengadakan pula ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga di Kampung Badang di sini yang dikuarantin akibat Covid-19.

Secara keseluruhan, 10 kit barangan keperluan harian disampaikan YADIM pada 16 Ogos di sini. Selain maahad, turut menerima sumbangan ialah keluarga ibu tunggal dan pelajar miskin.

Hadir sama ke acara ini ialah wakil wakil komuniti di Kampung Badang.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *