Home » Langit Terbuka » MAIDAM sedia biaya kos beli dos penggalak vaksin COVID-19

MAIDAM sedia biaya kos beli dos penggalak vaksin COVID-19

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh IsmailShaikh Harun (tengah) menyerahkan bantuan kepada asnaf sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan. - NSTP/BAHAROM BAKAR

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) bersetuju membiayai kos pembelian dos penggalak vaksin COVID-19.

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kesihatan negeri bagi mendapatkan kos sebenar untuk pembelian dos pengalak vaksin COVID-19 itu.

“Kita pada dasarnya bersetuju menanggung kos pembelian dos pengalak bagi memastikan rakyat di negeri ini mendapatkan suntikan dos tambahan. MAIDAM juga bersedia mengeluarkan kos pembelian peralatan lain,” katanya selepas merasmikan Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA 2023), di sini hari ini.

Berdasarkan hantaran di platform X oleh Covid19Place semalam, sebanyak 710 kes aktif dilaporkan di Terengganu dalam tempoh seminggu bermula 10 Disember hingga Sabtu lalu.

Mengenai usaha membendung penularan kes COVID-19 di di masjid dan surau, Shaikh Harun berkata, MAIDAM mengalakkan semua jemaah memakai pelitup hidung dan mulut.

“MAIDAM belum bercadang mengarahkan jawatankuasa masjid dan surau menguatkuasakan peraturan penjarakan sosial antara jemaah, namun kita bersedia mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Kesihatan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita juga mengalakkan semua imam dan bilal mendapatkan suntikan dos penggalak,” katanya.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *