Home » Citra Yadim » MAIM anjur seminar perkukuh kefahaman Islam saudara baharu

MAIM anjur seminar perkukuh kefahaman Islam saudara baharu

KOTA BHARU -Cakna dengan pelbagai bentuk ancaman terhadap akidah saudara baharu di negara ini, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM pada 31 Ogos telah mengadakan Seminar Pemantapan Akidah Sempena Kemerdekaan Negara di sini.

Seramai 57 saudara baharu menyertai program anjuran kluster dakwah non muslim dan saudara baru MAIM ini diketuai Dato Haji Kamarudin Abdullah ini.

Selain mengukuhkan akidah Islam dalam kalangan saudara baharu, program ini juga bertujuan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan ajaran sesat dan pada masa yang sama menangani masalah murtad.

Program sehari ini dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Empat orang penceramah dijemput memberikan pengisian dalam program ini iaitu  Pengarah Perkhidmatan Bandar, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Ustaz Haji Ropem Hasan, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dr Mohd Fauzi Hamat merangkap Ketua Kluster Akidah MAIM.

Dua lagi penceramah ialah Pegawai Hal Ekwal Imarah Masjid, Bahagian Pentadbiran Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,Ustaz Rosli Che Soh dan Pegawai Agama Jajahan Pasir Puteh, Ustaz Anuar Hashim.

Hadir sama ke program ini ialah Penyelaras MAIM YADIM, Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah serta Pengerusi Pusat Dakwah Islam Antarabangsa Kota Bharu, lokasi program diadakan, Haji Muhammad Michael  Abdullah.

Semoga penganjuran ini memberi manfaat untuk semua, khususnya saudara baharu di Kelantan.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *