Home » Langit Terbuka » Solat jenazah ghaib di semua masjid

Solat jenazah ghaib di semua masjid

Menteri di Jabatan Perdana Mentri menyeru orang ramai untuk sama sama menunaikan Solat Jenazah Ghaib untuk Allahyarham Muhammad Haziq. - Foto Hiasan Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof meminta semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib esok selepas selesai solat Jumaat untuk Allahyarham Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Mujahid juga akan mewakili kerajaan ke Christchurch untuk menziarahi keluarga Mohd. Haziq sebelum menunaikan solat Jumaat di sana.

“Mujahid sebelum itu akan menyampaikan khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham Mohd. Haziq di satu daripada masjid yang diserang pengganas Jumaat lalu.

“Beliau dijangka bertolak pada pukul 3.30 petang ini dan tiba di Christchurch esok. Mujahid juga dijadualkan bertemu keluarga Allahyarham Mohd, Haziq sejurus tiba di sana,” katanya di sini hari ini.

Stuff New Zealand melaporkan, polis mengesahkan remaja itu merupakan antara 50 mangsa serangan yang terbunuh.

Difahamkan, jenazah Mohd. Haziq adalah mangsa serangan yang terakhir dikenal pasti oleh pihak polis.

Mohd. Haziq berada di Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama ibu, bapa dan adik lelakinya ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang Jumaat lalu. – Utusan Malaysia

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *