Home » Ensiklopedia » Majlis Anugerah Keluarga Mithali

Majlis Anugerah Keluarga Mithali

Penganjurannya bertujuan untuk memberi contoh kepada semua masyarakat pembentukan sebuah keluarga cemerlang dan sekali gus dapat mencapai hasrat membentuk masyarakat berakhlak mulia yang selama ini kita idam-idamkan.

Seiring dengan peredaran masa, YADIM mengambil inisiatif untuk mengembangkan anugerah ini dengan memperkenalkan pula Anugerah Keluarga Mithali dalam memberi pengiktirafan lebih besar kepada seluruh institusi kekeluargaan, bukan sahaja ibu tetapi termasuk bapa dan anak.

Anugerah yang pertama kalinya dianjurkan rentetan daripada Anugerah Ibu Mithali pada tahun 2014 itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada seluruh institusi keluarga, bukan sahaja kepada ibu tetapi bapa dan anak. Di samping itu, anugerah ini juga diwujudkan dalam usaha melahirkan keluarga mithali contoh sebagai teladan atau role model kepada seluruh anggota masyarakat.

Anugerah Keluarga Mithali mempunyai empat kategori anugerah iaitu Anugerah Keluarga Mithali, Anugerah Ibu Mithali, Anugerah Bapa Mithali dan Anugerah Pewaris Harapan. Kesemua anugerah ini diwujudkan khusus untuk memberi pengiktirafan kepada keluarga-keluarga cemerlang di negara ini dengan harapan ia mampu menjadi suri teladan kepada seluruh anggota masyarakat.

Selain itu, penganjurannya bertujuan untuk memberi contoh kepada semua masyarakat pembentukan sebuah keluarga cemerlang dan sekaligus dapat mencapai hasrat membentuk masyarakat berakhlak mulia yang selama ini kita idam-idamkan.

Proses pemilihan untuk calon-calon Anugerah Keluarga Mithali ini akan melalui beberapa proses iaitu pencalonan, penilaian atau pemilihan dan majlis penganugerahan. Antara ciri lain adalah keluarga berkenaan perlulah keluarga yang cemerlang dalam pendidikan atau bidang-bidang lain yang diceburi sekali gus memberikan sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. – ABABIL

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *