Home » Citra Yadim » Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

LENSA Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 11 Oktober di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Antara pengisian utama program ialah Peluncuran Buku Transformasi Al Falah yang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.
Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama menuju Malaysia Madani (Al Falah) ini bermula tahun 2023 sehingga 2027. Terdapat lima teras di dalamnya iaitu Pentadbiran Islam Mampan, Kesejahteraan Insan, Kemuliaan Syariah, Kepimpinan Berdaya Cipta dan Kehormatan Institusi Islam.
YADIM bertanggung jawab mengetuai teras keempat (Kepimpinan Berdaya Cipta) yang turut menfokuskan kepada dua perkara iaitu pengukuhan kepimpinan generasi muda dan komuniti serta pemerkasaan media dan kesenian Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin hadir bersama pegawai dan kakitangan YADIM ke perhimpunan ini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *