Home » Citra Yadim » Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah

Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah

AYER KEROH – Lebih 80,000 pengunjung membanjiri Dataran Ayer Keroh di sini sempena program Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah pada 30 Disember.

YADIM Melaka menjalin kerjasama dengan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) selaku penganjur utama, syarikat Richworks dan MSJ menganjurkan program ini yang menampilkan tokoh agamawan seperti Ustaz Wadi Anuar, Sheikh Abdulkarim Fatani Al-Makki dan Habib Syech Bin Abdul Qadir Assegaf untuk sama-sama berselawat serta menyampaikan tausyiah kepada hadirin.

Program ini dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam,  Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Mufti Melaka, Sahibus Samahah Datuk Halim Tawil, Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman dan ketua ketua agensi kerajaan negeri.

YADIM diwakili oleh Penyelaras Negeri Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly.

Dengan kehadiran peserta yang cukup ramai seawal jam 4 petang, YADIM telah mengambil peluang mengadakan sesi Street Dakwah ‘Kenali Rasulllah S.A.W.’ – ‘I Love Muhammad S.A.W.’ sebelum acara utama bermula.

Para pengunjung dijemput menjawab soalan kuiz berkenaan Rasullah S.A.W. Slot ini dikendalikan oleh pegawai YADIM Melaka, Ustaz Hasmin Hashim. Pengunjung bertuah yang berjaya menjawab soalan, diberikan saguhati YADIM.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *