Home » Langit Terbuka » Malaysia jadi pilihan

Malaysia jadi pilihan

Kumpulan ekstremis itu mula mencari peluang untuk bertapak di negara ini sejak 2014 selepas institusi Dar al-Hadith yang berpangkalan di Dammaj, Yaman ditutup

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat pembelajaran Islam di Perlis yang diserbu Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 September lalu dipercayai dijadikan pusat penyebaran fahaman ideologi Salafi Jihadi di negara ini sejak lebih empat tahun lalu.

Menurut sumber, kumpulan ekstremis yang dipelopori oleh Syeikh Muqbil Hadi Al Wadi’i itu mula mencari peluang untuk bertapak di negara ini sejak 2014 selepas institusi Dar al-Hadith yang berpangkalan di Dammaj, Yaman ditutup.

Ujarnya, institusi tersebut sangat berpengaruh dalam penyebaran ideologi Salafi Jihadi dan ribuan penuntutnya datang dari pelbagai negara luar termasuk Afrika, Asia Timur dan negara barat.

“Selepas dihalau dari Yaman, mereka cuba berpindah ke negara lain termasuk Indonesia yang sememangnya tidak membenarkan mereka bertapak kerana mereka menubuhkan kumpulan pengganas Salafi Indonesia.

“Oleh itu, mereka memilih Malaysia untuk dijadikan pangkalan baharu bagi penyebaran fahaman ideologi Salafi Jihadi kerana mereka merasakan negara ini ‘mudah menerima’ kedata­ngan kumpulan pengganas,” kata sumber itu di sini hari ini.

Difahamkan, Salafi Jihadi pernah menggunakan Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor untuk merekrut anggota baharu sebelum ditutup pada 2002.

Jelas sumber, Syeikh Muqbil Hadi Al Wadi’i yang merupakan bapa gerakan Salafi Jihadi pernah ditangkap di Arab Saudi kerana terlibat dalam serangan dan insiden tebusan Masjidil Haram di Mekah pada tahun 1979.

“Walaupun telah meninggal dunia pada tahun 2001, terbukti ideologi yang dibawanya masih tersebar luas dan cuba untuk bertapak di negara ini,” katanya.

Media sbelum ini melaporkan lima warga Eropah, masing-masing satu warga Asia Barat dan Amerika Syarikat serta seorang warga tempatan berusia antara 24 hingga 38 tahun ditahan dalam tiga serbuan serentak di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor pada 24 September lalu kerana terlibat dengan kumpulan ekstremis penyebaran Salafi Jihadi di negara ini. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *