Home » Langit Terbuka » Malaysia kutuk rancangan Netanyahu

Malaysia kutuk rancangan Netanyahu

Kenyataan mengutuk keras kenyataan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung rancangannya untuk memperluaskan pendudukan negara itu di Wilayah Palestin di Tebing Barat. - Foto Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini mengutuk keras kenyataan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung rancangannya untuk memperluaskan pendudukan negara itu di Wilayah Palestin di Tebing Barat.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu akan menjejaskan sebarang usaha untuk membawa penyelesaian jangka panjang dan keamanan di Timur Tengah.

“Ia memperlihatkan bahawa langkah Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Ini pastinya perkembangan yang berbahaya yang menuntut perhatian penuh komuniti antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menegaskan bahawa Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, adalah wilayah Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, yang diduduki Israel secara haram selama beberapa dekad lamanya sehingga sekarang.

“Malaysia menggesa komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk bertindak tegas terhadap sikap negara itu yang jelas tidak menghormati peraturan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Netanyahu dilaporkan telah mengumumkan rancangannya untuk meluaskan pendudukan haram Israel di Tebing Barat sekiranya beliau dipilih semula pada pilihan raya minggu depan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *