Home » Langit Terbuka » Malaysia mohon pertimbangan khas untuk kuota haji

Malaysia mohon pertimbangan khas untuk kuota haji

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia ditetapkan sejak 2020 lalu sebanyak 31,600 orang sahaja berdasarkan ketetapan hanya 0.1 peratus daripada jumlah populasi sebenar negara ini. - Foto CNN

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membayangkan sedia memohon kuota tambahan jemaah haji Malaysia.

Meskipun tidak dinyatakan secara lebih spesifik, isu kuota berkenaan ujar beliau, akan cuba dimohon daripada pihak kerajaan Arab Saudi menerusi kaedah budi bicara istimewa.

“Demi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan fardu haji, kita juga cuba memohon pertimbangan khas terus daripada kerajaan Arab Saudi sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia ditetapkan sejak 2020 lalu sebanyak 31,600 orang sahaja berdasarkan ketetapan hanya 0.1 peratus daripada jumlah populasi sebenar negara ini.

Keadaan itu mengakibatkan individu yang mendaftar untuk mengerjakan haji pada hari ini akan diberi tempoh giliran tunggu amat lama sehingga mencecah 130 tahun akan datang.

Situasi tersebut menyebabkan ada jemaah yang berusia lanjut mencuba nasib memohon visa furada dan visa mujamalah dikeluarkan pihak Kedutaan Diraja Arab Saudi di ibu negara.

Walau bagaimanapun, banyak kes penipuan dilakukan oleh agensi pelancongan tertentu dengan ratusan bakal jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *