Home » Langit Terbuka » Mangsa ditendang dan dipijak hingga terkencing

Mangsa ditendang dan dipijak hingga terkencing

SUSPEK kes kematian Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah dikatakan menendang dan memijak kanak-kanak itu sehingga terkencing. - UTUSAN ONLINE

 

TELOK KEMANG 2 Feb. – Dipukul dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, ditendang dan dipijak hingga terkencing adalah azab yang ditanggung murid Sekolah Kebangsaan Lukut di sini, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah sebelum meninggal dunia malam kelmarin.

Mangsa juga pernah dipukul menggunakan sebuah bangku kecil plastik.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, penderaan yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran waras itu kini sedang disiasat dengan teliti oleh pasukan siasatan polis.

Katanya, perbuatan itu terdedah dalam siasatan awal polis terhadap bapa kandung dan ibu tiri Nur Aina Nabihah yang kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.

“Berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian dia telah bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijaknya hingga terkencing.

“Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 34 tahun itu telah dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut tengah hari tadi bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa telah didera. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *