Home » Citra Yadim » MAPIM kunjungi YADIM

MAPIM kunjungi YADIM

Perbincangan
Delegasi MAPIM sewaktu mengadakan perbincangan bersama Timbalan Yang Dipertua YADIM (tengah).

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (23 Januari) menerima kunjungan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang diketuai sendiri oleh Presidennya, Mohd Azmi Bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi.

Ketibaan mereka di YADIM pada jam 9 pagi disambut Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, sebelum mereka mengadakan perbincangan tentang beberapa perkara yang melibatkan kedua pihak.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan selama lebih sejam berkenaan ialah cadangan mengadakan kerjasama Program Yaasin Sejuta Umat #Yaasin 4Aqsa, yang bertujuan sebagai  kempen solidariti terhadap perjuangan dan pembebasan Masjid Al Aqsa.

Penganjur utama program itu nanti ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Restu, MAPIM dan Kuliah Darul Ulum, selain bakal diadakan dengan kerjasama lain antaranya YADIM, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Munsyid Malaysia.

#Yaasin 4Aqsa dijadualkan diadakan pada April nanti.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah kerjasama melibatkan badan bukan kerajaan dan pihak media pada program-program akan datang.

Antara wakil MAPIM yang hadir dalam pertemuan ini ialah Penyelaras MAPIM Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman serta kakitangannya. YADIM pula, selain Timbalan Yang Dipertuanya, turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan & Pembangunan NGO, Zamani Karulani dan Eksekutif Kanannya, Shukri Majid.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *