Home » Langit Terbuka » Maszlee Sokong Bina Universiti Muhammadiyah Di Malaysia

Maszlee Sokong Bina Universiti Muhammadiyah Di Malaysia

Menteri Pendidikan Maszlee Malik dilaporkan menyokong pembinaan kampus Universiti Muhamadiyah Prof. Dr. Hamka (Uhamka) di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Maszlee Malik dilaporkan menyokong pembinaan kampus Universiti Muhamadiyah Prof. Dr. Hamka (Uhamka) di Malaysia.

Memetik laporan portal berita Indonesia, Antara News, Pengurus Pusat (PP) Muhammadiyah Indonesia, Prof Dr Suyatno berkata, Maszlee merestui hasrat pertubuhan itu untuk membina kampus luar negara pertama universiti itu di Malaysia.

“Alhamdulillah, dalam pertemuan yang berlangsung di Putrajaya semalam (Selasa), menteri Malaysia sangat menyokong hasrat PP Muhammadiyah.

“Rancangan kami boleh dilaksanakan mulai tahun ini, namun perlu memenuhi kebenaran yang disyaratkan, yang kini dalam proses,” katanya.

Sebelum bertemu Maszlee, pengurusan PP Muhammadiyah turut bertemu Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Siti Hamisah Tapsir.

Ketika ini, Universiti Muhammadiyah memiliki lebih 10,000 kakitangan pendidikan yang mengelola 173 kampus di seluruh Indonesia yang terdiri daripada 45 universiti dan selebihnya adalah sekolah menengah, akademi dan politeknik.

Portal itu turut menyatakan Maszlee akan memberikan sumbangan kepada lembaga pendidikan Muhamadiyah sebagai tabung akhirat sekaligus menyatakan kekaguman terhadap Dr. Hamka. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/pendidikan/maszlee-sokong-bina-universiti-muhammadiyah-di-malaysia-1.711263

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *