Home » Citra Yadim » MAWAR terbuka kerjasama dengan pelbagai pihak

MAWAR terbuka kerjasama dengan pelbagai pihak

TAWAU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat memanfaatkan sebarang peluang kerjasama yang terbuka luas dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pihaknya boleh bertindak sebagai penghubung untuk pihak NGO mendapatkan bantuan pihak kerajaan dan swasta untuk menjalankan aktiviti mereka samada di bidang pendidikan, latihan mahupun di peningkatan sosioekonomi.

“Wanita mempunyai peranan besar dalam membina Malaysia sebagai sebuah negara rahmah. Untuk memainkan peranan ini secara efektif, mereka  perlu memberi fokus kepada pembinaan diri dan keluarga agar dapat sama-sama memainkan peranan membangunkan masyarakat dan negara,”ujarnya.

Hafidzah berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Peranan Wanita Dalam Membangun Negara Rahmah’ ketika Konvensyen Wanita Rahmah peringkat Negeri Sabah di sini pada 15 Februari.

Hampir 2,000 peserta menghadiri konvensyen tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Fuziah Salleh.

Ia dianjurkan MAWAR – YADIM dengan kerjasama pimpinan NGO Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau.

Antara pengisian program ialah forum bertajuk ‘Agenda Rahmah Untuk Wanita dan Keluarga; Solusi Kesihatan Dan Kemakmuran’ yang dikendalikan oleh Pengarah YADIM Sabah,  Samin Ongki.

Menerusi forum berkenaan, peserta dapat menimba pengetahuan daripada panelis seperti Timbalan Pengerusi MAWAR, Profesor Datuk Dr Harlina Haliza Siraj dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Israak  Ramli.

Sementara itu, kenamaan lain yang hadir termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Sabah, Rohaya Yunus selaku Pengarah Jawatankuasa Pelaksana konvensyen, isteri isteri ADUN di Tawau serta pemimpin masyarakat di sini.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *