Home » Langit Terbuka » Media jangan jadikan isu agama, kaum dominan dalam pemberitaan

Media jangan jadikan isu agama, kaum dominan dalam pemberitaan

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta pengamal media tidak menjadikan isu agama dan perkauman sebagai dominan dalam pemberitaan.

Beliau berkata, walaupun pihak media perlu menarik pembaca bagi meneruskan survival, mereka juga mempunyai tanggungjawab dan perlu adil kepada kerajaan untuk membangunkan negara.

“Pentadbiran Islam banyak diserang dengan isu agama dan kaum sejak kerajaan mengambil alih pentadbiran negara.

“Kalau bercerita pasal Mujahid sejak dia masuk 2018 sampai sekarang, kebanyakan cerita yang beri ruang untuk orang menyerang ialah isu Tabung Haji, isu liberal, isu hina nabi, seolah-olah di Malaysia ada seorang saja menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Media di sini malam tadi.

Hadir sama timbalannya, Fuziah Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pengarang Bernama, Datuk Mokhtar Hussain, Pengerusi TV Hijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

Mujahid berkata, media cetak juga perlu memainkan peranan menangani penyebaran berita palsu mengenai dasar kerajaan yang disebarkan melalui media sosial.

“Media sosial letak satu tajuk yang konteksnya amat berbeza. Orang takkan baca yang bawah itu (isi) orang baca tajuk sahaja dan susah untuk kita perbetulkan. Di sinilah media arus perdana boleh memainkan peranan untuk memperbetulkannya,” katanya.

Terdahulu, hampir 200 pengamal media cetak dan elektronik hadir pada majlis berkenaan. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *