Home » Langit Terbuka » Memalukan! Iron Dome Isr@el tertembak dron milik rejim sendiri

Memalukan! Iron Dome Isr@el tertembak dron milik rejim sendiri

Israel memperbesar-besarkan keupayaan pertahanan Iron Dome, sedangkan hakikatnya ia hanya mampu memintas sebahagian serangan sahaja. - Foto EDR Magazine

TEL AVIV – Sistem pertahanan negara haram Israel ‘Iron Dome’ secara tidak sengaja menembak jatuh dron miliknya sendiri ketika serangan di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan.

“Sistem Iron Dome secara tidak sengaja memintas dron rejim Israel ketika perang di Gaza baru-baru ini,” kata sumber tentera yang dipetik oleh Perbadanan Penyiaran Awam Israel.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tarikh pemintasan dron itu secara spesifik. 

Iron Dome adalah sistem pertahanan Israel yang beroperasi di selatan untuk memintas peluru berpandu dan roket yang dilancarkan kumpulan pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza.

Israel memperbesar-besarkan keupayaan pertahanan Iron Dome, sedangkan hakikatnya hanya mampu memintas sebahagian serangan.

Ini kerana, pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berjaya melepaskan lebih 100 roket dalam tempoh seminit termasuk beberapa dozen ke arah ibu negara Israel, Tel Aviv dalam tempoh 24 jam.

Sekurang-kurangnya 254 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita, terbunuh, dan lebih dari 1,900 yang lain cedera dalam 11 hari serangan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Terdahulu, gencatan senjata antara Israel dan Palestin yang dikelola oleh Mesir mengakhiri peperangan selama 11 hari.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *