Home » Citra Yadim » Sumbangan mangsa banjir Beaufort dan Tenom

Sumbangan mangsa banjir Beaufort dan Tenom

BEAUFORT – Dengan keadaan banjir di kawasan ini dan Tenom yang belum pulih, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah segera tampil menghulurkan bantuan.

Bekerjasama dengan Sabah Land Rover Club, kedua badan ini menyampaikan air mineral dan bantuan makanan di kedua kawasan ini pada 25 Mei.

Sebanyak 10 kotak air mineral dan 10 beg mee kuning diagihkan di Kampung  Lumadan di Beaufort oleh YADIM Sabah, manakala di Tenom sebanyak 15 kotak air mineral, tujuh pek mee kuning dan dua kotak biskut disampaikan.

Sabah Land Rover Club pula menyerahkan sebanyak 400 kotak air mineral di Kampung Takuli, di sini.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

YADIM Sabah dan Sabah Land Rover Club telah beberapa kali bekerjasama menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini seperti di di Kampung Gusi, Ranau dan Kampung Magandai, Kota Marudu sebelum ini

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *