Home » Citra Yadim » Membimbing saudara kita menguasai al-Quran

Membimbing saudara kita menguasai al-Quran

KUCHING 9 Mei – Salah satu aspek terpenting dalam membimbing golongan saudara kita atau mualaf adalah penguasaan al-Quran selain aspek ibadah dan akidah.

Menyedari hal itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan Program Bijak Belajar Al-Quran untuk saudara kita di Masjid Darul Hana, Petra Jaya pada 7 Mei lalu.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, program berkenaan adalah anjuran bersama YADIM Zon Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Urusetia Saudara Kita dan Persatuan Cina Muslim (MACMA).

“Program ini melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada golongan saudara kita yang baru memeluk agama Islam sekitar Januari 2016 sehingga Mac 2017,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam memantapkan penguasaan al-Quran saudara kita, satu modul khas yang merangkumi lima tahap pengajian telah dirangka dan digunakan dalam sistem pengajian berkenaan.

Katanya, pada keseluruhannya, para peserta telah mencapai kemajuan yang amat baik dalam pengajian mereka dan sehingga kini mereka telah melalui dua tahap pengajian.

“Mereka telah menunjukkan minat yang tinggi serta kesungguhan dalam memahirkan diri dalam membaca al-Quran dan ini telah membantu mereka dalam memahami aspek-aspek pembacaan al-Quran,’’ katanya.

Beliau berkata, sememangnya pada awalnya pengajian al-Quran itu agak sukar bagi golongan saudara kita, namun mereka sentiasa berusaha untuk memantapkan kefahaman masing-masing dan telah menunjukkan kemajuan yang begitu membanggakan.

Menurutnya, tenaga pengajar bagi program berkenaaa adalah Ustaz Mohd Hisyammuddin Sulhi dari Unit Dakwah Jakim cawangan Sarawak dan diadakan secara berkala sebanyak dua kali sebulan.

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *