Home » Citra Yadim » Menteri di JPM sampaikan sumbangan banjir YADIM di Sungai Selisek

Menteri di JPM sampaikan sumbangan banjir YADIM di Sungai Selisek

HULU BERNAM – Usaha menyantuni banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan pula kawasan ini pada 5 Januari.

Inisiatif kali ini turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifki Mohamad Al Bakri sendiri.

Beliau telah menyampaikan sejumlah 50 set kit bantuan banjir badan dakwah ini di Dewan Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisek, Hulu Bernam.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Undaangan Negeri Hulu Bernam, Yang Berhormat Datuk Rosni Sohar serta Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Muhammad Muzzammil Musbah.

Program ini mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja malaysia , Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RELA.

Selain kit banjir YADIM yang mengandungi makananan dan barangan penjagaan kebersihan, turut diedarkan ialah bahan bacaan terbitan badan dakwah ini.

Selesai bersama Dr Zulkifli di Sekolah Sungai Selisek, YADIM kemudiannya menyampaikan pula sumbangan di Pusat Pemindahan Sementara Kampong Alah Batu 1, Slim River bersama Datuk Rosni dengan lima set sumbangan diserahkan sendiri kepada mangsa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *