Home » Citra Yadim » YADIM bakal terbit Kitab Atlas An-Nabawi

YADIM bakal terbit Kitab Atlas An-Nabawi

PUTAJAYA – Sebagai usaha mempelbagaikan bahan terjemahan dan memperkaya karya ilmiah, satu pertemuan telah diadakan antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan syarikat penerbit buku terkemuka, Darul Fikir Kuala Lumpur pada 5 Januari.
Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan mengenai kebenaran Darul Fikir untuk YADIM menterjemah dan menerbitkan kitab Atlas An-Nabawi karya tulisan Dr. Syawqi Abu Khalil.
Kitab ini diterbitkan oleh Darul Fikir Syria. Dr. Syawqi juga menghasilkan buku-buku lain seperti Atlas al-Quran dan Atlas al-Hadis.
Idea untuk menerbitkan buku ini dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana melihat peluang amat cerah untuk YADIM melebarkan usaha dakwah melalui penerbitan buku yang berkualiti serta memenuhi kehendak masyarakat dalam menyediakan bahan bacaan yang bermutu tinggi.
Hadir dalam pertemuan itu ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa YADIM, Dr Masitah Esa.
Manakala dari Darul Fikir ialah Pengurus Eksekutif Darul Fikir, Dato’ Mohd Zaki Ahmad, Pengurus Pemasaran Darul Fikir, Tuan Amran Mohammad dan Puan Zainon Md Hasan, Eksekutif Darul Fikir.
Dato’ Zaki melahirkan rasa gembira atas inisiatif tersebut dan sentiasa menyokong usaha YADIM dalam usaha untuk mempelbagaikan karya ilmiah terjemahan untuk bacaan masyarakat.
Darul Fikir Kuala Lumpur merupakan penerbit dan wakil penerbit dari Timur Tengah. Pihak Darul Fikir Syria juga telah menyatakan persetujuan untuk YADIM meneruskan usaha tersebut.
YADIM juga akan memperbanyakkan lagi buku-buku terjemahan pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *