PERMATANG PAUH – Program Bicara Dakwah Membangun Adab, Membina Negara bersempena Program Dakwah Negara 2026 telah diadakan pada 17 November di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Permatang Pauh.
Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias telah berkongsi mengenai kepentingan adab dan akhlak dalam kehidupan seharian serta peranannya dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan negara yang sejahtera.
Penganjuran program ini merupakan antara usaha YADIM dalam memperluas penyampaian dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan warga emas, menerusi pendekatan ilmu dan pengisian kerohanian yang dekat dengan kehidupan komuniti setempat.
Terlibat sama ke program ini ialah Pengerusi PAWE Permatang Pauh, Cikgu Salim Shariff, pegawai YADIM Negeri Pulau Pinang, Cik Intan Basirah Basir Encik Muhammad Akmal Suhaimi, Encik Mohamad Asyraf Shahidan bersama dua anggota Sukarelawan YADIM Pulau Pinang.



KOMEN