Home » Langit Terbuka » Mohd Na’im ke Arab Saudi bagi lawatan kerja dan tunai haji

Mohd Na’im ke Arab Saudi bagi lawatan kerja dan tunai haji

Ketika di Arab Saudi, Mohd Na'im berkata beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah. -Gambar Twitter @Bernama
SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini berangkat ke Arab Saudi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan haji.
Beliau memilih untuk melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Pusat Konvensyen Movenpick, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bersama-sama 283 jemaah haji lain, sebelum menaiki bas bersama jemaah berkenaan untuk ke lapangan terbang.
“Saya sendiri nak merasa, dia (Tabung Haji) ada sebut nak bawa saya terus ke KLIA, (tapi) saya rasa saya nak lalui sama macam jemaah haji yang lain,” katanya kepada media di Kompleks Haji Sepang sebelum menuju ke KLIA.
Ketika di Arab Saudi, Mohd Na’im berkata beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah.
“Saya harap ada hasil-hasil yang baik daripada perjumpaan tersebut,” katanya tanpa menyatakan butiran perbincangan dengan Tawfiq Fauzan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *