Home » Langit Terbuka » Mufti nafi dakwaan kononnya Perlis sembahyang sembah bulan

Mufti nafi dakwaan kononnya Perlis sembahyang sembah bulan

Mufti Perlis menegaskan, solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah SWT. - Foto Mediaadil.com

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan.

Beliau berkata solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah SWT.

“Solat sunat gerhana bulan dan matahari telah sekian lama dilakukan oleh umat Islam sebagai ikutan sunnah Nabi Muhammad.

Kalau tidak tahu sesuatu lebih baik diam daripada membuat tuduhan tidak menentu sedangkan solat sunat yang dibuat semasa berlaku gerhana bulan pada pukul 4.01 pagi 17 Julai lalu adalah untuk mengajak rakyat Perlis beramai-ramai solat sunat gerhana,” tegasnya dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Alwi di sini.

Perlis menganjurkan solat itu secara serentak di 15 masjid di seluruh negeri diikuti bacaan khutbah khas mengenai gerhana bulan oleh imam-imam jemputan.

Asri berkata tohmahan sedemikian pernah dilemparkan oleh mereka yang memperlekehkan Pejabat Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) ketika menganjurkan solat jemaah beramai-ramai minta diturunkan hujan beberapa tahun lalu.

Program itu diadakan di perkarangan Istana Arau tetapi ada pihak yang tidak faham bertanya kenapa solat dilakukan di atas padang sedangkan di Perlis terdapat banyak masjid. – Bernama

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *