Home » Langit Terbuka » Mujahid dakwa TH agih hibah ketika akaun defisit

Mujahid dakwa TH agih hibah ketika akaun defisit

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, langkah meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia adalah bagi mewujudkan semak dan imbang di dalam institusi tersebut - Foto Themalaysianreserve

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mendakwa pengurusan lama Tabung Haji telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 kerana membayar hibah bagi tahun 2017 kerana tidak mengikut akta berkenaan.

Katanya, terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi bagi pembayaran hibah boleh dilakukan, iaitu aset tidak boleh kurang daripada liabiliti serta perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.

“Akaun TH pada 2017 yang dibentangkan di Parlimen hari ini menunjukkan jumlah aset keseluruhan sebanyak RM70.3 bilion dengan jumlah liabiliti sebanyak RM74.4 bilion.

“Laporan akaun TH 2017 juga menunjukkan defisit sebanyak RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *