Home » Citra Yadim » Mujahid lancar Rakan Siswa YADIM Institut Pendidikan Guru

Mujahid lancar Rakan Siswa YADIM Institut Pendidikan Guru

BANGI – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) untuk institut pendidikan guru (IPG) telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Pendana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf di sini pada 27 Ogos.

Pelancaran berkenaan adalah untuk IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Ilmu Khas dan IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Hadir sama ke majlis pelancaran ini ialah ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, serta kepimpinan YADIM.

Ia adalah bersempena dengan Seminar Islam Rahmatan Lil Alamin dan Townhall Maqasid Syariah di IPG Kampus Pendidikan Islam di sini.

Turut disampaikan ialah watikah perlantikan kepada wakil wakil RSY dari IPG berkenaan.

Rakan Siswa YADIM merupakan  produk kaderisasi YADIM yang memfokuskan kepada golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Sebelum ini, ia dikenali sebagai Sahabat YADIM (SY) dan kini diberi suntikan baharu mengikut matlamat dan hala tuju kepimpinan baharu YADIM.

Selain aktiviti dengan pelajar universiti, mereka juga giat terlibat dengan pelbagai program kemasyarakatan dan kebajikan.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *