Home » Langit Terbuka » Mujahid Sedia Temukan Zakir Naik, Ramasamy

Mujahid Sedia Temukan Zakir Naik, Ramasamy

Dr Mujahid berkata, pihaknya bersedia menganjurkan satu pertemuan tertutup antara Zakir dan Ramasamy dengan beliau sendiri menjadi orang tengah bagi menjernihkan keadaan

PARIT BUNTAR – Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah bagi menemukan tokoh agama terkemuka, Dr Zakir Naik dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy.

Dr Mujahid berkata, pihaknya bersedia menganjurkan satu pertemuan tertutup antara Zakir dan Ramasamy dengan beliau sendiri menjadi orang tengah bagi menjernihkan keadaan.

“Penganjuran debat secara terbuka antara dua tokoh ini bagi menentukan siapa lebih ekstremis pasti akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum dan tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini.

“Zakir mempunyai hak untuk tinggal di negara ini selagi mana beliau mematuhi undang-undang negara.

“Segala pertuduhan dikemukakan terhadapnya juga masih belum disahkan oleh kerajaan India,” katanya ditemui, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan penganjuran debat terbuka antara Zakir dan Ramasamy oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar.

Cadangan itu timbul susulan gesaan Ramasamy agar Zakir dihantar pulang ke India kerana dikatakan dikehendaki kerajaan negara berkenaan.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil membuat lebih 50 laporan polis terhadap Ramasamy kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas, Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE).

Polis Pulau Pinang juga sudah mengambil keterangan Ramasamy berhubung laporan itu untuk membantu siasatan. – BERITA HARIAN ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452479/mujahid-sedia-temukan-zakir-naik-ramasamy

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *